My Zone

My photo
+++ blogging for fun | No harms No hurt feeling | Its just my open diary and some personal thought and phase of life to be share +++ Do Love my Job , Fams, Peep and of course My Life!!! Im nothing without one of it..

Wednesday, 19 September 2012

How I met my Mr Ros

Verily, after a rain there is a sunshine...
Now, I believe the sentence of "Kalau dah jodoh tak ke mana" is very true..
It is real happen to me. Bercinta bagai nak rak bertahun-tahun even dah bertunang pun kalau dah bukan jodoh kita dia tetap akan pergi juga.
My Mr right... The story morry begin...

here...

My husband and I, we met for the very first time kat tepi jalan je... That time I just relief from a super duper huge heart broken.. Kira baru tampal2 hati yang pecah berderai la.. Salah sendiri bagi hati kat org yg tak layak dan tak sepatutnya.. (Tutup ceghita lama okehh..)

Tepi jalan sounds too general kan.. Yes, it is too general.. To be more specific.. Actually we met at a stall yg jual bantai kekabu kt tepi jalan.. :)

Alaaa yg jual bantal kekabu 2 biji - RM 10 tu. Murah kan... Tgk la juga pd kualiti kekabu dan jenis kainnya.
tuu.. nampak tu hubby ngah pilih bantal... tp pic ni kejadian lepas kahwin.. 
That time, I was otw back to my besties home, Memel. I is selalu lepaking rumah si memel memandangkan En Ubby dia selalu outstation. Tak tahu apa yg menarik perhatian kami untuk singgah di stall bantal kekabu tu, maybe sebab pada bunting yang tertera RM 10 - 2 biji tu kot. Actually, we all dah terlepas pun the stall that time. Tapi macam ada magic spell yg buat we all rasa nak patah balik, rupanya di situ bermula lah kisah yang merubah seluruh hidup. I met my other half there.








The conversation never goes wrong :)

Mr : Hi, awak rasa which one is better? He started sambil menunjukkan 2 biji bantal, satu color biru satu lagi color cream.
Me : yang biru kot.
Mr : sama lah. Saya pun pilih yang biru. (Soo typical...) Hihi
Mr : Muka awak ni macam familiar la.. Macam adik kawan saya.. ( Lagilah the very typical ayat nak ngorat   aweks..) Me, that time like.. Erkk layan je la..

Selesai sesi kecoh2 memilih bantal bersama si memel..akhirnya I bought 4 bantal yg tak berapa nak kekabu and memel also bought two. I sempat la jeling kat si mamat td tu, dia amik both color, biru and cream yg dia tanya td.

Now, imagine 4 bantal + 2 bantal di masukkan dalam 1 plastik yg super besar, yg kalau di tegakkan maybe sama tinggi dgn I. So terkial2 me and memel mengangkatnya ke kereta. And now imagine pulak.. Seorang jejaka datang menghulurkan bantuan.. Sooo romantika.. Eh!! Mamat td la tu..
Selesai sesi bantu membantu berganding bahu mengangkat bantal td, I pon like.. Ermm.. Thanks..pada si mamat tadi and masuk ke kereta sambil tersenyum sungging memandang si memel. Si mamat td pulak menghulurkan business card.. Memel and I pandang memandang and tersenyum penuh bermakna.. Hik hik.. The dialog yg macam hampeh and buat I rasa memalu kucing sampai sekarang is "Mel, kejap eh kelly nak menggatal.." Whooaaa I pon bgn and buka pintu blkg kereta, take my business card dlm beg laptop.. I is maluuuuu

Dari situ lah gelaran "mamat bantal" bermula.

Ni la dia 2 biji bantal tu... sekarang bantal ni ada kat rumah my In law.. Sangat Memory..
The story not end there as after the incident maka bermulalah sesi ber sms-an, bbm-an sampai lenguh jari jemari.

I believe, kalau kita jujur dan ikhlas tuhan akan permudahkan segala urusan kita. Alhamdulillah hubungan kami telah dipermudahkan semuanya...
I wrote this as I want to keep it as the sweetness memory in my life forever..

Babaii...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 7 September 2012

Puasa vs Ubat-ubatan


Sungguh pon ramadhan sudah berlalu, rasanya tak salah kalau nk share info yang sangat berguna neh. Tentang pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa.

I believe u all pon ramai yg still confuse tentang cara pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa. So, I kongsikan info yang I dapat dari web KKM neh http://www.knowyourmedicine.gov.my/ mai la jengah web neh kalau rajin, boleh dapat macam-macam info berkenaan dengan ubat-ubatan dan nantikan kemunculan design baru untuk web neh nanti.. Now still in progress and soon akan di riview pihak KKM.



























Ramdhan masih ada... Selamat berpuasa enam semua...

Babaii...

Wednesday, 20 June 2012

++ Malu pd burung

Deringan jam loceng dari handphone memecah keheningan subuh itu,
Namun tiada tanda-tanda pemiliknya bangun untuk menunaikan kewajiban pada yang Maha Esa..


Tiba-tiba, kedengaran ciut-ciut suara burung berkicauan sambil mengetuk-ngetukkan paruhnya di bingkai jendela itu.. Iramanya seolah-olah memujuk penghuni bilik itu supaya bangkit dan menyegerakan kewajipan..


Malas-malas si penghuni bilik menghayun kaki menuju ke jendela.. Terlihatkan seekor burung yang asyik merenung ke dalam bilik.. Atau mungkin merenung dirinya sendiri di balik pantulan cermin dari jendela yang menjadi tempat persinggahannya...


Merasakan malu pada renungan si burung lantas si penghuni bilik bergegas menyiapkan diri dan menyegerakan tuntutan sebagai Hamba -Nya...


Terima Kasih pada si burung, memberi kesedaran kepada Tuan Hamba yang alpa..


Babaiii


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 13 June 2012

++ Hati ini



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pagi2 dah rasa sesuatu.. sesuatu yang membengkak di dalam hati.. Ya Allah.. sesungguhnya masih terlalu nipis iman hambamu.. tak mampu menanggung ujian Mu.. padahal telah termaktub "sesungguhnya kau tidak akan menguji hambamu dengan ujian yang tak mampu di tanggung oleh nya"...


Kadang-kadang apa yang terjadi menyedarkan kita atas segala perbuatan kita. Lumrah sifat manusia, bila berada dalam kesusahan baru teringat pada yang Maha pencipta. Ya Allah.. Jadikan lah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur. yang sentiasa mengingati Mu di kala susah dan senang.


Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yakin dengan Qada' dan Qadar yang telah Allah tetapkan sejak azali. Moga hati ku menjadi lebih tenang. 


Syukur dengan segala yang aku miliki di dunia ini. 




Babaii...



Thursday, 31 May 2012

++ Hot from Oven

oven baru okay...

This is my second time baking this yummy 'Puding Roti'.

Before this I kukus jer.. Cz xde oven.. But, this time try bakar guna oven. Guna convection oven, suppose kene cover atas dia guna foil, so jd mcm kering sket.. But still sedap ok...

Recipe of course la gugle and copy paste from here.. http://www.kongsiresepi.com/read/4/0/



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.



Very simple.. Pejam mata pon leh buat.. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 21 May 2012

++ Teabag


Fenomena bubble tea sedang melanda.. Macam2 jenis kedai ada sekarang tumbuh bak cendawan selepas hujan..

Yang ni 'Teabag' sama je macam 'Chatime'.
Menu and harga pon lebih kurang je.

My fav flava - Roasted bubble Milk Tea.. My opis mate kata, 'same je rasa macam teh kurang manis..' Hehe
Having this time cuaca panas memang menyamankan...

Babaii...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 13 May 2012

++ Mak , Ibu , Umi - Happy Mothers Day!!

Tidaklah berniat untuk membuat sebarang perbandingan, sekadar luahan hati yang mungkin tidak pernah kesampaian. Yakinlah sememangnya perbezaan itu PASTI ada. Kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Pasti akan ada cacat celanya.

MAK...
Kini sudah hampir 13 tahun kau pergi menyahut seruan Illahi. Pemergian Mak sememangnya membawa 1001 perubahan dalam hidup kami. Namun kami anak-anakmu tidak pernah putus berdoa buat kesejahteraanmu di sana. Masih terasa-terasa akan kehadiranmu di sisi ku. Sememangnya kau tak pernah pergi jauh dari dalam Hati ini. Kau selalu menemani perjalanan hidup anak mu ini. Al- Fatihah buat Arwah Mak. Dulu mak selalu temankan aku study lewat malam. Sambil-sambil mak menjahit baju tempahan orang. Nanti mak mesti buatkan air panas. Pastu bila mak nampak anak mak ni tersengguk-sengguk mak akan kasi gula-gula hacks yang pedas tu. Rindunya kat Arwah Mak.... menggamit-gamit hati dan nurani. Tak mau cite panjang-panjang pasal Mak... sedih... sobb sobb sobb

IBU...
Kehadiranmu dalam keluarga ini kami sambut mesra walaupun pelbagai rintangan dan onak berduri harus kau tempuhi. Sejujurnya kami menghargai segala jasa dan bakti mu pada keluarga ini. Ibu memang selalu sibuk. Ibu seorang wanita berkerjaya yang aktif berpersatuan. Kami sentiasa cuba fahami itu. Tapi orang lain mungkin susah nak terima mengenangkan bermacam-macam cerita dan kisah yang telah timbul. Mungkin sudah di takdirkan hadirmu sekejap cuma. Kau pergi meninggalkan kami. Kami Redha, mungkin itu yang terbaik buatmu dan juga buat kami. Moga kita dipertemukan lagi. Ibu jangan risau, kami adik-beradik tak pernah simpan dalam-dalam. Kami terima ketentuan Illahi. Dah memang jodoh abah dan ibu tak panjang. Terharu sangat-sangat and rasa sebak pula bila jumpa Ibu masa kenduri kahwin adik uyun tempohari.

UMI...
Kau muncul dengan tiba-tiba. Membuai hati di suatu ketika lantas kami terjaga. Moga segala yang indah itu akan kekal selamanya. Besar harapan kami agar kau bisa kekal untuk berbakti pada keluarga ini dan tabah mengharungi segala ujian. Kami masih ternanti-nanti akan sesuatu yang belum pasti. Besar harapan kami agar penyatuan hati ini membawa kesejahteraan dalam hidup kami sekeluarga.

Begitupun.. "Patah tumbuh hilang berganti" namun yang tumbuh dan berganti itu belum kan tentu serasi. Arwah Mak tetap yang terunggul di hati Kami. Kami hanya mampu berdoa agar keluarga ini akan terus menerus di Rahmati Allah.

MAK (Ibu Mertua)
Namun begitu aku bahagia kini dengan hadirnya Mak dalam hidupku.. Mak seorang yang sangat tabah dalam melayani kerenah anak menantu dan cucu-cucunya. Aku kagum dengan ketabahan Mu itu.. Syukur ke hadrat Illahi atas pertemuan ini. Dia lah Ibu mertua yang amat aku sanjungi dan sayangi..

Aaaminn... Selamat Hari Ibu buat Arwah Mak, Mak mertua, Ibu dan Umi... Segala jasa dan baktimu amat kami hargai..

Babaiii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...