My Zone

My photo
+++ blogging for fun | No harms No hurt feeling | Its just my open diary and some personal thought and phase of life to be share +++ Do Love my Job , Fams, Peep and of course My Life!!! Im nothing without one of it..

Wednesday, 25 January 2012

Thursday, 5 January 2012

++ Kau ade??

Hahaha... Ce teka bape ramai yang duduk dalam umah ni.. Gile bersepah.. Fail wat menantu...
Jangan mara arrr...
Babai...

++ Mengapa begitu

Ape yang begitu begini nya..
Alkisah yang tak berapa nak sesedap nak di share.. Dan mungkin patut diberi respon "hade aku kesah"

"Mengapakah anda tidak memberitahu akan adanya meeting iteww.. Lantas mengapakah aku dipersalahkan bila tiada kehadiranku di meeting iteww.. Lantas anda keluar dari bilik meeting dengan rupa yang tak seberapa nak mesra iteww..dan bila diajukan soalan anda menjawab tanpa memandang anak mata ku (tanda protes) lantas kehambaran tercipta sepanjang hari ini.. "

Motif:
Tension!!!

Moral:
Berusaha untuk jadi lebih peka, bila rakan sekeliling tak ada di meja bermakna berkemungkinan ada meeting tergempar yang tak di war-warkan secara formal..

Nasib badan!!!!

Bye..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 21 December 2011

++ Kisah meloya memuntah & Listerine

Dari info yang telah ku gugle kan majority berpendapat mabuk semasa kehamilan ni kebiasaannya hanya pada trimester pertama... huh sangat tak sabar nak masuk ke trimester kedua dengan harapan hilanglah segala rasa loya + muntah-muntah ni. Dulunya, semasa di zaman kegemilangan keremajaan selalu sangat rasa macam nak menampar bila tengok scene drama kat tv yang bila perempuan mengandung je sure muntah-muntah dan di saat itu suami dan in law muka ceria berbunga-bunga.. macam bosan je tengok.... tapi, bila tengok ahli keluarga sendiri especially (kakak ku syg) mengalami saat-saat itu lantas aku berdoa agar bila aku mengandung nanti jauhkanlah dari sume rasa itu.. haha sekarang baru ku tahu betapa seksanya. Nasib baik tak la sampai tahap tengok muke en hubby pon nak memuntah..


Apalagi sesi menggugle pon bermula... Macam-macam petua ada. Tapi tak satu pon aku cuba.. lagipon aku ni tak la tergolong dalam kategori yang meloya tahap gaban.. Alhamdulillah...


Biasanya meloya ni terjadi time pagi2 nak mandi and berus gigi tu.. adalah one day tu.. sedang bersiap2 nak pergi kerja.. oleh kerana terbangun lambat maka sesi untuk bersiap adalah di tahap sangat kelam kabut.. Dengan kepantasan maxima, mandi pon ala2 celop2 je.. tetibe aku merasakan sgt meloya.. tapi.. oleh kerana kegerunan untuk menempuhi jammed di LDP and lewat ke tempat kerja mengatasi segalanya... Dengan tak semena aku mencapai LISTERINE and berkumur sepantas mungkin and..... tetiba dah rasa OK.... on our way to office pon sgt ok... xder la aku melepek kat masa hubby ngah drive.. Sejak itu... bila meloya je aku cepat2 g kumur ngn LISTERINE.... and berkesan..... sangat la hepi... :)


Image from Google
pssst...Harus di ingatkan di sini..bahawasanya, petua ni mungkin tidak berkesan pada kaum hawa yang lain.. ntah2 aku je ... Tapi tak salah untuk mencuba kan... 






babaii...

Tuesday, 25 October 2011

++ ahaaiii Karipap-karipap Cinta

At last dapat gak tgk movie 'Karipap-karipap Cinta'.. Thanks a lot to En Zauj yg men'download'kan movie ni.. Honestly kalau aku tak baca novel (karipap-karipap cinta) tu before tgk movie dia memang aku akan agak blurr dengan jalan cerita dia. My husband yang sama-sama layan movie that time pon banyak tanya coz banyak scene2 yang tak difahami. Ataupon sebab aku dah baca novel dia so bile di filemkan ada diantara babaknya yang tak sama. So, aku pon macam paranoid and mula la nak buat comparison yang entah pape and mula lah terasa macam aku seorang pengkritik yang hebat.

Satu pendapat husband yang aku 100% agreed - 'kenapa wat film graduan Al-Azhar pakai tudung macam tu'. Kannnnn... Sgt tak sesuai. Dah macam mencemarkan nama graduan Al-Azhar lak kan. Hmmm ape pon aku tak bape suka mamat yang jadi 'Ali' ni. Gambit ape ntah nama dia.. (Suka2 je kan nak tak suka org). Hehehe..

Tapi, aku suke Eman Manan.... Kelassss gitu..


Babaii...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 24 October 2011

++ Nayli katakan Tak Nak!!

1. Muncungkan mulot mcm ni..                 2. Letak 2 jari di bibir .             3. Dan angkat 2 jari then goyangkan.


Sesaje je nak attach pic cutie Nayli pose with message 'Katakan Tak Nak pada ROKOK'

The very super duper cute kan... Ce kalau org dewasa yang buat pose gini sure dapat penampar selipar jepun.. Nananana


Babaii....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 11 October 2011

++ Katakan Tak Nak!!



Hello!!

Saya kongsikan iklan "Tak Nak Merokok" ni yang diambil dari iklan dalam Harian Metro. Comelkan tapi sangat tak cool kalau kamu kamu kamu masih terus tegar merokok..

Dah biasa sangat kan dengar slogan nih "Katakan Tak Nak pada ROKOK". Tapi nampaknya semakin hari semakin tegar para perokok nih. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Hmmm sedap sangat la merokok tu kan. Ada yang sanggup berlapar asalkan dapat merokok. Macam-macam ikhtiar dah dilakukan bagi menyedarkan para perokok tegar akan buruknya kesan akibat merokok. Malahan sudah ada fatwa dari alim ulama' yang menjatuhkan hukum haram pada rosok akibat dari kesannya yang memudaratkan.

Apepon kesannya atau apepon ikhtiar yang telah kerajaan lakukan bukanlah tujuan saya untuk mengupasnya disini. Saya cuma tertarik dengan satu article dalam Harian Metro, bertarikh 6 Oktober 2011, halaman 10A. Bertajuk "Angau kena asap ROKOK". Berhati-hati kawan.. Menurut article ini, ada seorang lelaki mengamalkan ilmu hitam iaitu ilmu penunduk wanita dengan amalan membaca jampi serapah sebelum menghebuskan asap rokok ke muka wanita yang di sukainya. Akibatnya wanita itu akan menjadi bodoh dan menurut apa sahaja kehendak lelaki terbabit. Lelaki yang dipercayai bernama Man dan merupakan seorang anggota polis. MasyaAllah kalau benarlah kewujudan kes seperti ini minta dijauhkanlah. Lepas ni berhati-hati lah bila berdekatan dengan para perokok. Selain dari sebagai langkah berjaga-jaga dari terkena hembusan rokok si pengamal ilmu penunduk, jauhkan diri dari perokok juga bagus kerana asap rokok juga merbahaya untuk kesihatan. Terutamanya bagi kanak-kanak dan juga Ibu mengandung. Nah... Nampak bukan, wahai perokok sedarlah kamu bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga mereka yang disekeliling kamu.

Renung-renungkan dan bertindaklahh.. -_+


Babaiii...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...