My Zone

My photo
+++ blogging for fun | No harms No hurt feeling | Its just my open diary and some personal thought and phase of life to be share +++ Do Love my Job , Fams, Peep and of course My Life!!! Im nothing without one of it..

Wednesday, 20 February 2013

Sunday with Luv


Let's back dated to last last last weekend Sunday 20th Jan 2013, a month ago..

Woke up late!! No need to cook, went to wedding invitation and had our lunch there. What a beautiful lazy Sunday..

Tak yah nak beautiful sgt la keh..

Went to wedding ceremony of my colleague's nephew at Hulu Langat. The special things about the wedding was :

1) They were very young couples. Both is 24 years old.
2) The bride and the groom was a neighbor. Ni kes bercinta main ketuk botol ler ni. kih kih kih
3) We met Abon Maharaja Lawak there and my fren asked him a stupid question...

       "Eh Abon.... Kenapa tak masuk maharajalawak mega tahun ni...?? "

Me?? what??

Speechless... Rasa macam x nak ngaku membe.. Adoiii, kumpulan Abon(Sabon) baru je terkeluar masa tu. Noob!!! Kot ye pon tak follow MLM tak yah la tanya soalan dengan muka confident camtu. Nasib baik si Abon cuma tersenyum sungging dan berlalu pergi.


My lil' Aisyah Humaira wif her aunty mak tok and aunty Nura... 

My Colleague.. see.. budak pantang tgk camera tu.. 

Camwhore!!! 

aktiviti wajib dalam kerete.... Tidoooo...

Me and Husband dah lama planned nak cukur rambut baby since rambut dia tak tumbuh2 sejak cukur rambut masa umur 2 minggu. So, petang tu menggunakan 'Gillete Mash3 Smooth shave' we all memulakan operasi mencukur kepala baby.. she was very good and behave.. senang je Ibu and Abi mengerjakan kepala dia..

 and.... presenting....

Aisyah Humairah wif kepala mutak... lantas ibu pon ada lagu baru utk maira...

    "Utak.. utak... ichinnn..." (Sila nyanyi dengan nada manja2 miow ok..)


muka budak mutak with bedak sejuk...
Bedak sejuk ni bertujuan supaya baby merasa sejuk dan selesa after cukur rambut tadi..

Si galak happily wif her kepala butak....

Last snap for the day... she fall asleep finally.. 

Tak sabar nak tunggu rambut baby lebat... Ibu excited nak pakaikan sepit rambut yang comey2... hikkk



Babaii...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 15 January 2013

Get well soon Baby!!

Since being a mother, a lot of thing need to be consider. From as small as thing until the biggest one and major. All need to be balance within work, family, life style and so on.

Last few weeks I was in some unhappy situation when my baby was not feeling well. My little girl was suffering of Diarrhea. On her very young age, as a mother of course I'm the most worried one. Every time she's poo poo can see from her eyes how's suffer it was. This has been continuously for about two weeks. In a day at least 5 times. I don't mind how many diapers need to be used, and really don't care to sacrify my beauty night and sweet dream to woke up at 3 am to change diapers as long as my little girl will be comfort.

I live in chaos mind. Every second in office I'm worried how she was. My baby sitter must felt very annoyed as I keep calling and ask her my baby condition. But, believe me, I don't care.

My very strong little girl, she keep smiling and giggling even she was suffering from Diarrhea.

Babaiii

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 5 October 2012

Randome Friday

Happy Great Friday!!



Baby Maira was Happily giggling with Ibu. She was on her new gadget. Its a rocker by Fisher Price. Then, ibu went to shower. Baby duk ngan abi sat na..

When Ibu come back...


Pity my maira, ni mesti abi x layan maira. Her Abi was busy nengok bola.

Babaiii..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 1 October 2012

Si pipi merah

She is growing so fast!!!

Today she is 3 months old. How I can't want to see u walk, run, playing seek and hide... Over tau ibu nih.. Maira meniarap pon belum lagi.. Hihi..

During my preggy time, I didn't really rushed surveying name for my baby. But still I have my own list. I didn't seek for the glamorous one, enough its meaningful and sweet. Then I want the name to be suite with her.


my baby name list..  :)


When I was in third trimester, I often to listen soft and soul eater song. My favorite list in youtube. One of the ear candy song was "Aisyah Humaira" by UNIC. Yes, it was Nasyid.
In arabic, it means:
Aisyah - Prophet's wife name
Humaira - Reddish/pinkish

When the first time I hold her after she born, she was very red and pinkish. So the name 'Humaira' was suite her very much..

"Ibu doakan moga anak ibu menjadi seorang yang jujur, beriman dan bertakwa seperti isteri nabi s.a.w, Aisyah r.a."

Babaii...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 28 September 2012

Miracle in me




The most amazing thing happen in my life was when i have safely delivered my super cute baby on 1st July 2012. Syukur Alhamdulillah... everything has been ease by Allah.

My due was supposed on 14 July 2012, but Allah knows everything, I have safely delivered two weeks earlier than the due date.

Let’s go back to the miracle day..

I was admitted to DEMC, Shah Alam at 1 am, straight away went to the labour room and struggled fighting until the final super-duper contraction at 7.02 am my little girl was delivered. No words can tell how the feeling was. Trust me... the tears of happiness...

Thank you very much to my beloved husband to be very loyal, he was never leaves me even for an inch...he held my hand tightly along the process of delivery. You are my strengthens sayang.

Thanks to the very gentle and lovely Doctor Mazita Syukor and also to the very supportive and kind nurses.

Amanah buat kami dari yang Maha Esa.. Jadi anak yang Solehah Ya sayang..

4 jam selepas melahirkan... 


We  are parents now... love both of you muchhhyy...
Babaii...

Friday, 21 September 2012

Mama.. Kepala adik dah pecah!!!

Mama cantik sangat! Kulit Mama hitam manis. Mata Mama bundar bersinar. Hidung Mama mancung. Bibir Mama tak la tebal sangat dan tak la nipis sangat,sedang molek je. Gigi Mama teratur rapi. Pipi Mama mulus gebu. Sikit pun tak ada jerawat. Mama tetap cantik walau tak diconteng mukanya dengan alat solek. Tapi yang paling adik suka,rambut Mama. Rambut Mama panjang sampai ke pinggang! Lebat hitam berkilat. Mama rajin cuci rambut dengan syampu. Hmmm..wangi!
Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.
Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja "Jaga" kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.
Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa  sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!
Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan " berehat "sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.
Adik suka duduk kat  sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, " Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?" Mama mengelus jemari  Papa," Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami.." "Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, " Betul ke ni Papa?" " Sumpah!"
***********************************
Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. "Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…" Mana Papa kamu ni?" Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?
Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip  handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. " Tak guna punya jantannn!!"  Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,"Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!"
**********************************
Adik dah kat luar Mama!  Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!
Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!
"Kau diam boleh tak????"
Adik ketawa lagi…"Mama,mamaa….ni Adik la,Mama"
"Budak ni? Kan aku suruh diammmm???"
"Mama…Mama…kenapa Mama?"
Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan," Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…" Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.
Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.
************************************************
"Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???"
"Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…"
**********************************************************
Dedikasiku : untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana,syurga pasti milik kalian!
hanabira
21september 2012
0130 pagi
--------------------------------------------------------------
Re-post article-
*** Manusia sanggup lakukan apa saja bila berada dalam keadaan terdesak/ tekanan.. Ya Allah kau lindungilah aku, keluargaku dan mereka2 yang berada di sekelilingku... Aamin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...