My Zone

My photo
+++ blogging for fun | No harms No hurt feeling | Its just my open diary and some personal thought and phase of life to be share +++ Do Love my Job , Fams, Peep and of course My Life!!! Im nothing without one of it..

Tuesday 24 April 2012

++ Bintulu, aku rindu!!

Last trip to Btu... penuh 1 kete ngn barang haku..
Suatu ketika dahulu...hampir dua tahun aku berulang alik ke Bintulu, Sarawak. walaupon kini tamatlah sudah pengembaraan bermisi yang dulunya seperti hampir tak berkesudahan. Masa berlalu dengan pantas. Akhirnya, aku tak perlu g Bintulu lagi... Yayyy!!!
Walaupon dulu bibir kata.. Argghhh tak suka tak suka tiap kali nama tersenarai untuk outstation ke Bintulu.. tapi sekarang bila dikenang... aduhhh.. manis juga dalam kepahitan itu ya..




 Adakah aku merindui tempat ini? Maybe yes, maybe No. Dikala jari jemari menari-nari diatas keyboard, sudah terbayang-bayang di kotak fikiran akan kenangan dan tempat-tempat yang dulunya manjadi kebiasaan  aku di sana.

Jalannya yang sangat tenang, traffic is always clean and clear.. Pencemaran pon sgt kurang.. On the way to Hospital (office) sengaja melalui jalan di pesisiran pantai tanjung batu.. Indah nian!!!

Aku merindui pantainya yang indah bila pantulan cahaya matahari menyinari. (Kalau tak biasa2 je kot.. :p )

Imperial Suite yang menjadi rumah tempat kami berlindung disana.. Ya, dan juga kemudiannya Kemena Hotel apabila company mula cuba mengurangkan budgetnya. Kasihan....
Ni bilik kt Kemena Hotel.. tgk wall paper dia... :)
Supermarket yg famous disana dan menjadi favorite aku adalah Swing Kong and Farley... Taklah hebat mana ala2 OTK or Mydin je kalau kt KL.. Tp tetap menjadi tumpuan. Wajib singgah every time touch down Bintulu, before check in hotel mesti borong something untuk di buat stock sepanjang keberadaan kami di sana. Suke beli coklat kt sana sbb murah sket dr KL  -___-

Balik keje harus pukul 5 (kat sana office hour is 8 am - 5 pm), on the way back singgah menghirup angin petang di pesisir pantai sambil membeli makanan cucuk2 tu. (Tak tau ape nama). Nani's my fren suke beli bontot ayam cucuk2. Ahahaha (nak beli kne pilih2 stall, coz ade yg x halal punya.. And ada yg sgt tak bersih punya.. )

Favourite place for breakfast.. Kamil cafe dan kedai makan di hadapannya (lupa dah nama). Terasa macam semenanjung sikitla bila breakfast kat sini coz ada roti canai dan teh tarik..
Mine is always roti telur + teh tarik

Fav Nani dan Sham... Aku haruslah tak reti makan benda2 separuh masak ni.
Our usual lunch our places... setiap tempat aku ada menu aku yang tersendiri, yang mana usually aku akan order without fail.
1) Riverfront restaurant - Indonesian fried rice (Sebab ada satay kot, act xder la sedap sgt pon)
2) Mid Valley restaurant - jgn tak tau kat Bintulu ni ada mid valley.. My fav food here is Bihun goreng cangkuk manis. (kalau di semenanjung biasanya kita panggil cekur manis. sedap gak goreng ngan bihun)
3) After 3 or Angin bayu (my fren Vinod kasi nama) - Kat sini best lepak sbb terasa angin pantainya... kalu duduk kat luar leh terbang meja.. propa ja.. hikss.. Ok menu fav aku kat sini is Yeung chow fried rice.. nasi goreng yang penuh dengan udang kecik2. sedap gak bila makan ngn cili potong.. ohh ya.. di sini kalau order cili potong memang bermasalah.. selalu je tak ada.. pelikk..

Indonesian Fried Rice - River front Restaurant
Pasar basah yg selalu aku lupa namanya. Memborong terubuk masin adalah wajib walaupon aku bukanlah seorang pemakan ikan. Untuk kawan-kawan yg order.. Bawa balik kampung masak utk adik2.

Borong kek lapis sarawak juga wajib. Tapi.. Sejak krisis marjerin di sarawak melanda, aku mula berhati2 dan memilih tempat2 yg di yakini Halal sahaja. Yup, sudah pasti kedai kek dan roti yg bersebelahan ngn satu2 nya kedai mamak yg kami jumpa di bintulu - Famous mama. Eh, ada lg satu kedai mamak tp tak berapa nak mamak sbb mlm2 tak buka. Dia ni dr Penang katanya, kahwin dgn Sarawakian, ya bini mu mmg comeii pokcik. Actually kt KL/ Selangor pon dah ada tempat yang menjual kek lapis sarawak and kadang2 lagi sedap dari yang di beli di sana. kat Kajang ada satu..masa raya tahun lepas aku memborong kek lapis sarawak di sini - http://www.facebook.com/qalasqalaskeklapis

Ah, banyakla tempat2 dan peristiwa yang sememangnya aku rindui.. Ya agak ya..  Dan banyak lagi.. panjang lak entry ni... Jenuh.... Entry ini adalah supaya aku terus mengingati tempat yang agak istimewa dalam hidup aku... sekarang pon dah banyak lupa..

Maka, bernafaslah dgn tenang dan tabah menghadapi liku2 jalan yg jem di KL ini.

Babaiii..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...