My Zone

My photo
+++ blogging for fun | No harms No hurt feeling | Its just my open diary and some personal thought and phase of life to be share +++ Do Love my Job , Fams, Peep and of course My Life!!! Im nothing without one of it..

Friday 28 September 2012

Miracle in me




The most amazing thing happen in my life was when i have safely delivered my super cute baby on 1st July 2012. Syukur Alhamdulillah... everything has been ease by Allah.

My due was supposed on 14 July 2012, but Allah knows everything, I have safely delivered two weeks earlier than the due date.

Let’s go back to the miracle day..

I was admitted to DEMC, Shah Alam at 1 am, straight away went to the labour room and struggled fighting until the final super-duper contraction at 7.02 am my little girl was delivered. No words can tell how the feeling was. Trust me... the tears of happiness...

Thank you very much to my beloved husband to be very loyal, he was never leaves me even for an inch...he held my hand tightly along the process of delivery. You are my strengthens sayang.

Thanks to the very gentle and lovely Doctor Mazita Syukor and also to the very supportive and kind nurses.

Amanah buat kami dari yang Maha Esa.. Jadi anak yang Solehah Ya sayang..

4 jam selepas melahirkan... 


We  are parents now... love both of you muchhhyy...
Babaii...

Friday 21 September 2012

Mama.. Kepala adik dah pecah!!!

Mama cantik sangat! Kulit Mama hitam manis. Mata Mama bundar bersinar. Hidung Mama mancung. Bibir Mama tak la tebal sangat dan tak la nipis sangat,sedang molek je. Gigi Mama teratur rapi. Pipi Mama mulus gebu. Sikit pun tak ada jerawat. Mama tetap cantik walau tak diconteng mukanya dengan alat solek. Tapi yang paling adik suka,rambut Mama. Rambut Mama panjang sampai ke pinggang! Lebat hitam berkilat. Mama rajin cuci rambut dengan syampu. Hmmm..wangi!
Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.
Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja "Jaga" kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.
Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa  sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!
Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan " berehat "sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.
Adik suka duduk kat  sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, " Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?" Mama mengelus jemari  Papa," Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami.." "Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, " Betul ke ni Papa?" " Sumpah!"
***********************************
Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. "Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…" Mana Papa kamu ni?" Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?
Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip  handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. " Tak guna punya jantannn!!"  Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,"Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!"
**********************************
Adik dah kat luar Mama!  Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!
Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!
"Kau diam boleh tak????"
Adik ketawa lagi…"Mama,mamaa….ni Adik la,Mama"
"Budak ni? Kan aku suruh diammmm???"
"Mama…Mama…kenapa Mama?"
Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan," Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…" Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.
Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.
************************************************
"Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???"
"Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…"
**********************************************************
Dedikasiku : untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana,syurga pasti milik kalian!
hanabira
21september 2012
0130 pagi
--------------------------------------------------------------
Re-post article-
*** Manusia sanggup lakukan apa saja bila berada dalam keadaan terdesak/ tekanan.. Ya Allah kau lindungilah aku, keluargaku dan mereka2 yang berada di sekelilingku... Aamin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Thursday 20 September 2012

The very first time dating

Motif - Saya nak kenang sampai bila-bila...

28 Jan 2011 - Kisah si mamat bantal " baca kat sini ya..."

29 Jan 2011 - our very first time date. Me that time act takut2 juga nak berjumpa. Ya lah kan org yg baru jumpa semalam, harini nak ajak jumpa of course la ada rasa curiga kan. Tapi, maybe dah memang jodoh, I accepted his request, but I yang pilih location.

Pavilion... Kenapa I pilih pavilion?
- sebab itu je location yang paling convenience for that time.
1) Dekat dengan rumah (that time I duduk bndar baru sentul)
2) Parking senang.
3) Cos I dh biasa g pavi b4, so kalau2 mamat ni membosankan senang nak lari.
4) Kalau tertipu leh jalan2 window shopping je kat situ.. Xde la terasa sgt.. :)

I also decided to drove by my self. Even, setengah mati si dia memujuk nak amik kt rumah. Ni pun kira salah satu langkah2 keselamatan kalau anda tertipu, senang nak cabut lari.

So, we met there.. Eh mamat bantal ni jujur la.. Jumpa tepat pada masanya.. and dia belanja tgk wayang lagik.. Movie - the Green hornet. 3D lagi tu.. Walaupun dpt seat yg tak berapa syok.

Me that time rasa senang dengan perwatakan Encik mamat bantal yang bersahaja. Dia seorang yang ramah, make me feel easy dan tak kekok walaupun itu adalah our very first time berjumpa. The most I like was.. Waktu solat dia jaga. :) thumbs up!!

Berjalan-jalan di sekitar pavilion that time sangat happening dan ramai org. Because it was a Chinese New Year festival. Syok!! Layan tarian naga..

Pic yang di snap oleh Mr Ros... Pic berdua?? Nan hado... malu la kot first time jumpa.... :D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 19 September 2012

How I met my Mr Ros

Verily, after a rain there is a sunshine...
Now, I believe the sentence of "Kalau dah jodoh tak ke mana" is very true..
It is real happen to me. Bercinta bagai nak rak bertahun-tahun even dah bertunang pun kalau dah bukan jodoh kita dia tetap akan pergi juga.
My Mr right... The story morry begin...

here...

My husband and I, we met for the very first time kat tepi jalan je... That time I just relief from a super duper huge heart broken.. Kira baru tampal2 hati yang pecah berderai la.. Salah sendiri bagi hati kat org yg tak layak dan tak sepatutnya.. (Tutup ceghita lama okehh..)

Tepi jalan sounds too general kan.. Yes, it is too general.. To be more specific.. Actually we met at a stall yg jual bantai kekabu kt tepi jalan.. :)

Alaaa yg jual bantal kekabu 2 biji - RM 10 tu. Murah kan... Tgk la juga pd kualiti kekabu dan jenis kainnya.
tuu.. nampak tu hubby ngah pilih bantal... tp pic ni kejadian lepas kahwin.. 
That time, I was otw back to my besties home, Memel. I is selalu lepaking rumah si memel memandangkan En Ubby dia selalu outstation. Tak tahu apa yg menarik perhatian kami untuk singgah di stall bantal kekabu tu, maybe sebab pada bunting yang tertera RM 10 - 2 biji tu kot. Actually, we all dah terlepas pun the stall that time. Tapi macam ada magic spell yg buat we all rasa nak patah balik, rupanya di situ bermula lah kisah yang merubah seluruh hidup. I met my other half there.








The conversation never goes wrong :)

Mr : Hi, awak rasa which one is better? He started sambil menunjukkan 2 biji bantal, satu color biru satu lagi color cream.
Me : yang biru kot.
Mr : sama lah. Saya pun pilih yang biru. (Soo typical...) Hihi
Mr : Muka awak ni macam familiar la.. Macam adik kawan saya.. ( Lagilah the very typical ayat nak ngorat   aweks..) Me, that time like.. Erkk layan je la..

Selesai sesi kecoh2 memilih bantal bersama si memel..akhirnya I bought 4 bantal yg tak berapa nak kekabu and memel also bought two. I sempat la jeling kat si mamat td tu, dia amik both color, biru and cream yg dia tanya td.

Now, imagine 4 bantal + 2 bantal di masukkan dalam 1 plastik yg super besar, yg kalau di tegakkan maybe sama tinggi dgn I. So terkial2 me and memel mengangkatnya ke kereta. And now imagine pulak.. Seorang jejaka datang menghulurkan bantuan.. Sooo romantika.. Eh!! Mamat td la tu..
Selesai sesi bantu membantu berganding bahu mengangkat bantal td, I pon like.. Ermm.. Thanks..pada si mamat tadi and masuk ke kereta sambil tersenyum sungging memandang si memel. Si mamat td pulak menghulurkan business card.. Memel and I pandang memandang and tersenyum penuh bermakna.. Hik hik.. The dialog yg macam hampeh and buat I rasa memalu kucing sampai sekarang is "Mel, kejap eh kelly nak menggatal.." Whooaaa I pon bgn and buka pintu blkg kereta, take my business card dlm beg laptop.. I is maluuuuu

Dari situ lah gelaran "mamat bantal" bermula.

Ni la dia 2 biji bantal tu... sekarang bantal ni ada kat rumah my In law.. Sangat Memory..
The story not end there as after the incident maka bermulalah sesi ber sms-an, bbm-an sampai lenguh jari jemari.

I believe, kalau kita jujur dan ikhlas tuhan akan permudahkan segala urusan kita. Alhamdulillah hubungan kami telah dipermudahkan semuanya...
I wrote this as I want to keep it as the sweetness memory in my life forever..

Babaii...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 7 September 2012

Puasa vs Ubat-ubatan


Sungguh pon ramadhan sudah berlalu, rasanya tak salah kalau nk share info yang sangat berguna neh. Tentang pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa.

I believe u all pon ramai yg still confuse tentang cara pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa. So, I kongsikan info yang I dapat dari web KKM neh http://www.knowyourmedicine.gov.my/ mai la jengah web neh kalau rajin, boleh dapat macam-macam info berkenaan dengan ubat-ubatan dan nantikan kemunculan design baru untuk web neh nanti.. Now still in progress and soon akan di riview pihak KKM.



























Ramdhan masih ada... Selamat berpuasa enam semua...

Babaii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...