My Zone

My photo
+++ blogging for fun | No harms No hurt feeling | Its just my open diary and some personal thought and phase of life to be share +++ Do Love my Job , Fams, Peep and of course My Life!!! Im nothing without one of it..

Tuesday 11 October 2011

++ Katakan Tak Nak!!



Hello!!

Saya kongsikan iklan "Tak Nak Merokok" ni yang diambil dari iklan dalam Harian Metro. Comelkan tapi sangat tak cool kalau kamu kamu kamu masih terus tegar merokok..

Dah biasa sangat kan dengar slogan nih "Katakan Tak Nak pada ROKOK". Tapi nampaknya semakin hari semakin tegar para perokok nih. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Hmmm sedap sangat la merokok tu kan. Ada yang sanggup berlapar asalkan dapat merokok. Macam-macam ikhtiar dah dilakukan bagi menyedarkan para perokok tegar akan buruknya kesan akibat merokok. Malahan sudah ada fatwa dari alim ulama' yang menjatuhkan hukum haram pada rosok akibat dari kesannya yang memudaratkan.

Apepon kesannya atau apepon ikhtiar yang telah kerajaan lakukan bukanlah tujuan saya untuk mengupasnya disini. Saya cuma tertarik dengan satu article dalam Harian Metro, bertarikh 6 Oktober 2011, halaman 10A. Bertajuk "Angau kena asap ROKOK". Berhati-hati kawan.. Menurut article ini, ada seorang lelaki mengamalkan ilmu hitam iaitu ilmu penunduk wanita dengan amalan membaca jampi serapah sebelum menghebuskan asap rokok ke muka wanita yang di sukainya. Akibatnya wanita itu akan menjadi bodoh dan menurut apa sahaja kehendak lelaki terbabit. Lelaki yang dipercayai bernama Man dan merupakan seorang anggota polis. MasyaAllah kalau benarlah kewujudan kes seperti ini minta dijauhkanlah. Lepas ni berhati-hati lah bila berdekatan dengan para perokok. Selain dari sebagai langkah berjaga-jaga dari terkena hembusan rokok si pengamal ilmu penunduk, jauhkan diri dari perokok juga bagus kerana asap rokok juga merbahaya untuk kesihatan. Terutamanya bagi kanak-kanak dan juga Ibu mengandung. Nah... Nampak bukan, wahai perokok sedarlah kamu bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga mereka yang disekeliling kamu.

Renung-renungkan dan bertindaklahh.. -_+


Babaiii...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...