My Zone

My photo
+++ blogging for fun | No harms No hurt feeling | Its just my open diary and some personal thought and phase of life to be share +++ Do Love my Job , Fams, Peep and of course My Life!!! Im nothing without one of it..

Sunday 13 May 2012

++ Mak , Ibu , Umi - Happy Mothers Day!!

Tidaklah berniat untuk membuat sebarang perbandingan, sekadar luahan hati yang mungkin tidak pernah kesampaian. Yakinlah sememangnya perbezaan itu PASTI ada. Kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Pasti akan ada cacat celanya.

MAK...
Kini sudah hampir 13 tahun kau pergi menyahut seruan Illahi. Pemergian Mak sememangnya membawa 1001 perubahan dalam hidup kami. Namun kami anak-anakmu tidak pernah putus berdoa buat kesejahteraanmu di sana. Masih terasa-terasa akan kehadiranmu di sisi ku. Sememangnya kau tak pernah pergi jauh dari dalam Hati ini. Kau selalu menemani perjalanan hidup anak mu ini. Al- Fatihah buat Arwah Mak. Dulu mak selalu temankan aku study lewat malam. Sambil-sambil mak menjahit baju tempahan orang. Nanti mak mesti buatkan air panas. Pastu bila mak nampak anak mak ni tersengguk-sengguk mak akan kasi gula-gula hacks yang pedas tu. Rindunya kat Arwah Mak.... menggamit-gamit hati dan nurani. Tak mau cite panjang-panjang pasal Mak... sedih... sobb sobb sobb

IBU...
Kehadiranmu dalam keluarga ini kami sambut mesra walaupun pelbagai rintangan dan onak berduri harus kau tempuhi. Sejujurnya kami menghargai segala jasa dan bakti mu pada keluarga ini. Ibu memang selalu sibuk. Ibu seorang wanita berkerjaya yang aktif berpersatuan. Kami sentiasa cuba fahami itu. Tapi orang lain mungkin susah nak terima mengenangkan bermacam-macam cerita dan kisah yang telah timbul. Mungkin sudah di takdirkan hadirmu sekejap cuma. Kau pergi meninggalkan kami. Kami Redha, mungkin itu yang terbaik buatmu dan juga buat kami. Moga kita dipertemukan lagi. Ibu jangan risau, kami adik-beradik tak pernah simpan dalam-dalam. Kami terima ketentuan Illahi. Dah memang jodoh abah dan ibu tak panjang. Terharu sangat-sangat and rasa sebak pula bila jumpa Ibu masa kenduri kahwin adik uyun tempohari.

UMI...
Kau muncul dengan tiba-tiba. Membuai hati di suatu ketika lantas kami terjaga. Moga segala yang indah itu akan kekal selamanya. Besar harapan kami agar kau bisa kekal untuk berbakti pada keluarga ini dan tabah mengharungi segala ujian. Kami masih ternanti-nanti akan sesuatu yang belum pasti. Besar harapan kami agar penyatuan hati ini membawa kesejahteraan dalam hidup kami sekeluarga.

Begitupun.. "Patah tumbuh hilang berganti" namun yang tumbuh dan berganti itu belum kan tentu serasi. Arwah Mak tetap yang terunggul di hati Kami. Kami hanya mampu berdoa agar keluarga ini akan terus menerus di Rahmati Allah.

MAK (Ibu Mertua)
Namun begitu aku bahagia kini dengan hadirnya Mak dalam hidupku.. Mak seorang yang sangat tabah dalam melayani kerenah anak menantu dan cucu-cucunya. Aku kagum dengan ketabahan Mu itu.. Syukur ke hadrat Illahi atas pertemuan ini. Dia lah Ibu mertua yang amat aku sanjungi dan sayangi..

Aaaminn... Selamat Hari Ibu buat Arwah Mak, Mak mertua, Ibu dan Umi... Segala jasa dan baktimu amat kami hargai..

Babaiii...

1 comment:

The Fakhirin said...

Selamat hari ibu semua wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...